Ikuti Kami:

“Mereka Tanya..” – Rumah Baru Sedang Diubahsuai, Tindakan Son Yejin & Hyunbin Pada Jiran Raih Pujian

“Mereka Tanya..” – Rumah Baru Sedang Diubahsuai, Tindakan Son Yejin & Hyunbin Pada Jiran Raih Pujian

Bukan sahaja diminati sebagai pelakon berbakat malahan, Son Ye-jin dan Hyunbin turut disenangi ramai dek peribadi mereka.

Terbaru, ‘A’ yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama dengan rumah pengantin baru milik Hyunbin dan Son-yejin yang sedang dibina, telah menceritakan kisah tentang pasangan bahagia itu. Tulis A pada awalnya,

Pelakon yang paling saya gemari di bumi ini datang ke rumah saya dengan hadiah ketika saya tiada seketika.

Jelasnya lagi,

Saya tidak tahu pun ada pembinaan rumah di kawasan kejiranan ini tetapi mereka sendiri mengunjungi rumah saya dan bertanya sama ada ia bising, kemudian menyerahkan hadiah. Mereka juga menunjukkan tingkah laku dan adab yang baik sebelum pergi.

hyunbin son yejin

Tambah A lagi dengan berkongsi gambar satu set daging lembu yang dihantar pasangan “Crash Landing On You” itu,

Saya tidak kerap makan daging lembu tetapi saya mesti menikmatinya perlahan-lahan malam ini.

Selepas hantaran itu dimuat naik, netizen rata-rata meluahkan rasa kagum mereka dengan sikap prihatin Hyunbin dan Son Ye-jin pada jiran mereka, dengan memberi hadiah dan memohon maaf sekiranya mengganggu ketenteraman.

Wahh mereka ada rumah baru la!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...