Ikuti Kami:

Beli RM16 Juta Secara Tunai, Rumah Hyunbin & Son Yejin Didedahkan Buat Kali Pertama

Beli RM16 Juta Secara Tunai, Rumah Hyunbin & Son Yejin Didedahkan Buat Kali Pertama

Nampaknya, kediaman pasangan Hyunbin dan Son Ye-jin telah mendapat perhatian ramai baru-baru ini.

Terbaru pada siaran 29 Mei program tvN “Free Doctor”, rumah milik beberapa pasangan selebriti Korea telah didedahkan.

Menarik perhatian, rumah pasangan “Crash Landing On You” iaitu Hyunbin dan Son Ye-jin turut telah dipaparkan.

Untuk pengetahuan, tempat tinggal mereka terletak di W High-class House di Kampung Achiul, Guri-si, Gyeonggi-do. Ianya adalah sebuah vila mewah yang dibeli Hyunbin pada Januari 2021, dengan wang tunai 4.8 bilion won (RM16,712,732.21)

hyunbin son yejin

Menerusi siaran tersebut, tingkat satu vila itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti lobi mewah dan pemandangan Han River juga boleh dilihat melalui tingkap kaca di ruang tamu.

Cantiknya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...