Ikuti Kami:

“Mereka Tak Ada..” – Netizen Korea Kecewa Lihat Gambar Han Sohee & Park Seojoon

“Mereka Tak Ada..” – Netizen Korea Kecewa Lihat Gambar Han Sohee & Park Seojoon

Kenapa ni?

Ramai yang ternanti-nanti untuk menonton drama terbaru yang diterajui oleh Han So-hee dan Park Seo-joon. Namun, ada peminat Korea yang kecewa dengan dua pelakon popular itu apabila mereka dilihat seperti tidak serasi melalui gambar promosi untuk sebuah drama.

Baru-baru ini, Netflix ada memuat naik gambar untuk mempromosikan drama “Gyeongseong Creature” tetapi, gaya Han So-hee dan Park Seo-joon dikecam oleh netizen Korea.

han so hee park seo joon drama

Komen mereka,

Saya rasa mungkin mereka tidak mempunyai chemistry.

Kenapa nampak macam dua orang asing bergambar bersama?

Ini mungkin foto pasangan terburuk yang pernah saya lihat selama bertahun-tahun, LOL.

Mereka kelihatan baik dalam gambar individu mereka.

Adakah ia drama percintaan? Mereka tidak kelihatan seperti pasangan.

Wajah mereka benar-benar tidak kelihatan baik bersama.

Walaubagaimanapun, rata-rata peminat lain merasakan tiada apa yang janggal antara dua selebriti itu. Malahan, mereka memuji keakraban Han So-hee dan Park Seo-joon dalam gambar promosi terbabit.

Untuk pengetahuan, “Gyeongseong Creature” ialah drama thriller makhluk mengenai dua anak muda yang mementingkan kelangsungan hidup, dan terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak pada musim bunga tahun 1945, di mana waktu itu adalah sekelam-kelamnya.

Min rasa sweet je gambar tu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...