Ikuti Kami:

Umum Tarikh Tayangan, Park Seojoon & Han Sohee Kembali Dengan ‘Gyeongseong Creature’ Disember Ini

Umum Tarikh Tayangan, Park Seojoon & Han Sohee Kembali Dengan ‘Gyeongseong Creature’ Disember Ini

Drama yang paling dinantikan bakal tiba!

Drama “Gyeongseong Creature” lakonan Park Seo-joon dan Han So-hee bakal dikeluarkan pada 22 Disember di Netflix.

Drama yang telah dipilih sebagai karya yang paling dinanti-nantikan oleh umum bagi tahun ini telah mengesahkan tarikh keluarannya serta sedang membincangkan butiran drama ini dengan lebih mendalam.

“Gyeongseong Creature” mengisahkan tentang dua orang muda yang mempunyai matlamat untuk meneruskan kehidupan serta berhadapan dengan raksasa yang lahir dari sifat ketamakan manusia pada musim bunga tahun 1945.

Gyeongseong Creature

Dalam masa yang sama, drama ini telah berjaya menarik perhatian umum setelah mengumumkan bahawa kedua-dua watak utama iaitu Jang Tae-sang dan Yoon Chae-ok bakal dilakonkan oleh pelakon terkenal Park Seo-joon dan Han So-hee. Selain itu, barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Wi Ha-joon, Park Ji-hwan dan Soo-hyuk juga bakal menghiasi drama tersebut.

Drama berkonsepkan sejarah dan fiksyen sains ini telah ditulis oleh penulis skrip terkenal Korea iaitu Kang Eun-kyung yang juga merupakan penulis skrip bagi drama “Dr. Romantic” serta diarahkan oleh pengarah Jeong Dong-yoon.

Wow! Tak sabarnya nak tonton drama ni nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...