Baru-baru ini, Jeon So-mi mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa buli di sekolah dahulu..
Pada 13 Julai, Jeon So-mi telah tampil sebagai tetamu dalam rancangan YouTube “Song Yoon-ah by PDC”, di mana dia ada berkongsi kisahnya membesar sebagai kanak-kanak berbilang kaum di Korea.
Pada awalnya, wanita itu mendedahkan bahawa dia telah dilayan secara berbeza apabila berpindah ke sekolah rendah di Korea. Jelasnya,
Semasa saya bayi, saya tidak terlalu memikirkannya sehinggalah saya berpindah ke Sekolah Rendah Korea. Semua kanak-kanak lain beritahu bahawa saya kelihatan seperti anak patung. Ini adalah kali pertama mereka lihat orang berbilang kaum jadi mereka sangat baik dengan saya.
Bagaimanapun, Jeon So-mi menyatakan bahawa dia telah dibuli kerana dia menjadi presiden kelas selepas hari pertamanya di sekolah. Menurutnya, pelajar yang kalah undian itu telah membulinya selama lebih tiga tahun.
Mereka akan bermain dengan saya bila mereka mahu tetapi keesokannya, meja saya akan berada dalam dewan. Mereka koyakkan kad perpustakaan saya dan sumbat kasut saya dengan sampah. Ia akan terus menjadi teruk.
Sambungnya lagi,
Pada masa itu, saya beritahu guru saya tentang apa yang berlaku dan mereka memang mendengar saya tetapi saya tahu mereka tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya.
Kemudian, penyanyi “XOXO” itu turut mendedahkan bahawa dia pernah merayu kepada ibunya untuk mendapatkan pembedahan komestik agar wajahnya kelihatan lebih seperti orang Korea.
Saya mahu kelihatan lebih ‘Korea’ jadi saya memberitahu ibu saya bahawa saya menjalani pembedahan komestik. Saya rasa benar-benar terluka.
Akhir sekali, mereka akhirnya berbaik semula sebelum menamatkan pengajian selepas Jeon So-mi cuba bercakap dengan si pembuli.
Jangan membuli tau korang..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily