Ikuti Kami:

Kerjaya Lakonan Hampir Terjejas, 7 Pelakon Korea Ini Pernah Terpalit Dengan Skandal Buli

Kerjaya Lakonan Hampir Terjejas, 7 Pelakon Korea Ini Pernah Terpalit Dengan Skandal Buli

Tidak semena-mena, kisah lama selebriti popular Korea ini telah menjadi bualan kembali..

Baru-baru ini, makin ramai pelakon Korea yang telah didakwa sebagai pembuli di sekolah. Ada sesetengah artis yang telah memohon maaf dan ada juga yang berkeras menafikan dakwaan berkenaan.

Dari pelakon seperti Nam Joo-hyuk dan Kim Ji-soo, ini antara pelakon yang pernah terpalit dengan skandal buli.

Jo Byeonggyu

jo byeonggyu

Pada Februari 2021, seseorang mengaku sebagai bekas rakan sekolah menengah Jo Byeong-gyu di New Zealand dan telah mendawa bahawa pelakon lelaki itu telah terlibat dalam penderaan lisan dan membuat jenaka lucah semasa di sekolah. Meskipun sudah menafikan dakwaan tersebut namun, ada pelajar lain yang tampil dengan dakwaan lain ke atas pelakon “The Uncanny Counter” itu dan dia dipercayai pernah membuli mereka di sekolah rendah dan menengah. Bagaimanapun, Jo Byeong-gyu telah secara peribadi menafikannya.

Choi Yebin

choi yebin

Seterusnya pelakon “Penthouse” iaitu Choi Ye-bin juga pernah dituduh sebagai pembuli di sekolah, menerusi hantaran yang ditulis di laman komunti dalam talian. Tidak lama kemudian, siaran tersebut telah pun dipadam dan terbukti ia hanyalah khabar angin yang tidak berasas.

Kim Jisoo

kim jisoo

Kemudian, pelakon yang popular dengan drama seperti “My First First Love” dan banyak lagi iaitu Kim Ji-soo, telah didakwa sebagai pesalah juvana dan pembuli di Sekolah Menengah Seorabeol. Pelajar yang membuat dakwaan tersebut turut menyatakan bahawa dia telah dibuli oleh pelakon lelaki itu dari 2006-2008.

Selain itu, pelajar tersebut menjelaskan Ji-soo sering mengutuk sesama pelajar setiap hari, termasuk kutukan yang ditujukan kepada ibu bapa pelajar dan mereka akan mengancam sesiapa sahaja yang bergaul dengan mangsa buli.

Pada Mac 2021, Kim Ji-soo telah menulis surat permohonan di laman Instagram dan kemudian menamatkan kontraknya dengan agensi Key East.

Park Hyesoo

park hyesoo

Pada 22 Februari 2021, Park Hye-soo telah dituduh sebagai pembuli di sekolah pada masa lalu sehingga tayangan dramanya “Dear.M” telah ditangguhkan.

Akhirnya pada 7 Mac, pelakon itu secara peribadi menafikan dakwaan tersebut di akaun Instagram, dengan mengaku bahawa sebenarnya dia yang merupakan mangsa buli. Tulisnya,

Saya ingin bertanya kepada orang yang terus menyebarkan pembohongan yang tidak boleh dipercayai dan sentiasa berubah tentang saya hanya untuk merosakkan saya, pertama melalui komen Instagram dan seterusnya dalam temu bual. Mengapa anda perlu pergi sejauh ini? Apa yang anda perlu perolehi daripada ini? Walaupun awak bertindak seperti ini kerana berharap saya akan hancur, saya tidak akan goyah. Walaupun mengambil masa berbulan-bulan, kebenaran akan terbongkar.

Kim Donghee

kim donghee

Pada Februari 2020, Kim Dong-hee telah dituduh sebagai pembuli di sekolah rendah oleh seorang netizen tanpa nama di forum dalam talian. Khususnya, hantaran tersebut menulis bahawa pelakon itu sering membuli secara fizikal, memukul rakan sekelas yang kurang upaya dan menghisap rokok elektronik di dalam kelas.

Kemudian pada Januari 2021, Kim Dong-hee telah mengeluarkan permohonan maaf rasmi melalui agensinya dan mengaku tentang dakwaan tersebut.

Seo Yeji

seo yeji

Bukan itu sahaja, pelakon “It’s Okay to Not Be Okay” iaitu Seo Ye-ji juga telah dituduh sebagai pembuli di sekolah, menerusi hantaran yang ditulis pada Februari 2021. Tulis mangsa buli tersebut,

Terdapat seorang gadis yang telah dipukul di hadapan semua orang oleh Seo Ye-ji. Dia seorang ibu sekarang. Dia (Seo Ye-ji) akan pergi berkeliling dengan gadis-gadisnya, tetapi jika dia memutuskan dia tidak menyukai awak, dia akan mula memukul awak. Dia melayan orang seperti mereka adalah miliknya.

Sejak kontroversi tersebut, pelakon itu lebih berdiam diri dan cuba untuk tidak menjadi tumpuan orang ramai kini.

Nam Joohyuk

nam joohyuk

Nampaknya, pelakon Nam Joo-hyuk juga turut tidak terlepas dari dakwaan membuli di sekolah.

Pada Jun 2022, seorang individu ‘B’ mendakwa pernah dibuli pelakon “Twenty Five, Twenty One” itu semasa di sekolah dan menceritakan insiden tersebut pada sebuah saluran media. Pun begitu, agensinya iaitu Management SOOP menegaskan bahawa ianya palsu dan bertindak menfailkan saman terhadap wartawan, individu ‘B’ dan saluran media berkenaan.

Semoga ada pengarajan buat semua..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...