Pada siaran 17 Ogos program radio “Kim Shin-young’s Noon Song of Hope”, penyanyi Lee So-jung dan Gaho telah hadir sebagai tetamu bagi mempromosikan lagu baharu mereka.
Dalam siaran tersebut, Lee So-jung ditanya tentang siapakah kawan yang dia sering hubungi ketika ini. Penyanyi itu menjawab,
Saya pernah muncul dalam rancangan pelbagai muzik ‘Sing Forest’, dan saya rapat dengan Gummy, yang merupakan idola saya. Dia mengajak saya ke rumahnya untuk bermain. Saya menjadi rapat dengan semua ahli.
Mendengar jawapannya itu, Kim Shin-young kemudiannya memuji keperibadian Gummy, yang juga merupakan kawan rapatnya. Pujinya,
Dia sangat baik.
Dia turut berkongsi keadaan Gummy bersama suaminya Jo Jung-suk dengan anak perempuannya kini,
Gummy adalah seorang ibu, jadi dia telah menghabiskan banyak masa dengan anaknya hari ini. Keluarga Gummy dan Jo Jung-suk sering pergi melancong bersama-sama.
Keluarga bahagia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.