Ikuti Kami:

Tahniah! Pasangan Jo Jungsuk & Gummy Timang Cahaya Mata Perempuan Pertama

Tahniah! Pasangan Jo Jungsuk & Gummy Timang Cahaya Mata Perempuan Pertama

Dalam ramai-ramai, pasangan selebriti yang dikenali di Korea, ramai yang suka melihat hubungan di antara pelakon Jo Jung-suk dan isterinya, penyanyi Gummy. Dengan bakat yang mencurah-curah oleh mereka berdua selain mempunyai personaliti yang baik, membuatkan semua orang sentiasa menyokong mereka.

Kalau anda nak tahu, Jo Jung-suk dan Gummy sudah pun menyulam kasih selama 5 tahun lamanya sebelum membuat keputusan untuk berkahwin pada Oktober 2018. Lebih menggembirakan apabila pasangan itu mengumumkan bahawa Gummy sedang mengandung cahaya mata pertama mereka pada Januari lalu.

jo jungsuk dan gummy sambut kelahiran cahaya mata pertama

Selepas beberapa bulan berlalu, peminat menerima perkhabaran gembira bahawa Jo Jung-suk dan Gummy sudah pun menyambut kelahiran ahli keluarga baru mereka itu.

Ini adalah kenyataan rasmi agensi naungan Jo Jung-suk, JAM Entertainment,

Kami ingin berkongsi berita gembira bahawa pelakon Jo Jung-suk dan penyanyi Gummy telah pun menyambut kelahiran seorang ahli keluarga baru malah kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan yang sihat.

Gummy melahirkan anak perempuan pertama mereka di sebuah hospital di Seoul pada pagi 6 Ogos. Pasangan tersebut dan keluarga mereka berasa gembira dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Kami ingin menyampaikan penghargaan yang ikhlas atas sokongan dan ucapan tahniah daripada orang ramai. Kami juga meminta semua memberi restu kepada keluarga yang baru menerima ahli keluarga baru ini.

Tahniah sekali lagi buat Jo Jung-suk dan Gummy!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...