Ikuti Kami:

“Mereka Seperti Hamba” – Kenyataan Media Korea Utara Terhadap BTS & BLACKPINK Raih Perhatian Ramai

“Mereka Seperti Hamba” – Kenyataan Media Korea Utara Terhadap BTS & BLACKPINK Raih Perhatian Ramai

Sebuah artikel propaganda yang dikeluarkan oleh media Korea Utara telah mendapat perhatian ramai.

Baru-baru ini, satu media Korea Utara telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa kumpulan penyanyi idola seperti BTS dan BLACKPINK telah dilayan seperti ‘hamba’ di Korea Selatan dan hidup sengsara di bawah kawalan syarikat besar.

Kata mereka,

Syarikat besar di Korea Selatan telah menyekat penyanyi idola dari dunia luar dan memaksa mereka menjalani latihan yang memenatkan.

Sambung mereka lagi,

Banyak penyanyi wanita yang mengalami kesakitan mental dan fizikal. Malah, mereka juga telah dipaksa untuk memberikan perkhidmatan seksual kepada ahli politik dan perniagaan. Mereka seperti hidup di dalam penjara tanpa dinding.

bts-blackpink

Selepas kenyataan itu tular, rata-rata penduduk Korea Selatan telah berasa bingung dan tidak dapat menahan diri daripada meluahkan kekeliruan mereka di ruangan komen.

Antara komen netizen ialah,

Kalau BTS dan BLACKPINK itu hamba, jadi saya ni apa?

 

Saya pun nak jadi hamba macam BTS dan BLACKPINK.

 

Saya tak tahu pula yang hamba boleh jana ribuan jutaan wang.

 

Korea Utara cemburu sebab di sana tiada K-Pop.

 

Korea Utara pun kenal BTS dan BLACKPINK.

 

BTS dan BLACKPINK mesti sangat terkenal dekat Korea Utara sampai boleh masuk berita di sana.

Pendapat korang pula macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...