Umum mengetahui bahawa Yoo Jae-suk merupakan antara selebriti Korea yang berjaya. Jadi, pastinya dia antara yang kaya?
Terbaru, Yoo Jae-suk telah mendedahkan mengenai perancangan pembahagian hartanya nanti menerusi siaran langsung ‘PLAYou’.
Tanya pihak produksi,
Apa yang Yoo Jae-suk mahu wariskan pada anaknya, Ji-ho?
Daripada situ, penonton perlu memilih jawapan ‘personaliti hebat’ dan ‘kekayaan yang banyak’.
Jawab Yoo Jae-suk,
80% pastinya akan memilih personaliti.
Tambahnya,
Saya selalu bercakap dengan Ji-ho dan Na-eun. Saya beritahu mereka untuk bertimbang rasa terhadap orang lain dan mempelajari apa yang baik untuk mereka. Mestilah mereka perlu mencari duit untuk diri sendiri. Apa maksud awak?
Untuk pengetahuan, “PLAYou” ialah program hiburan yang berkomunikasi dengan penonton secara langsung sambil menyelesaikan misi untuk episod itu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.