Ikuti Kami:

“Mereka Mengingatkan Saya Pada..” – G-Dragon Tampil Luah Perasaan Selepas Dilantik Jadi Profesor Di KAIST

“Mereka Mengingatkan Saya Pada..” – G-Dragon Tampil Luah Perasaan Selepas Dilantik Jadi Profesor Di KAIST

G-Dragon telah meluahkan perasaannya selepas dilantik menjadi profesor di universiti berprestij di Korea.

Baru-baru ini, G-Dragon telah ditemu bual oleh satu majalah terkenal, di mana, dia telah berkongsi beberapa perkembangan baru mengenai dirinya.

Dilantik jadi pensyarah dalam bidang kejuruteraan mekanikal di KAIST (Korea Advanced Institute of Science and Technology), penyanyi itu telah mendedahkan bahawa perjalanan barunya ini telah mengingatkannya pada zaman kanak-kanaknya dulu.

Ahli BIGBANG itu berkata,

Ianya merupakan cabaran baru buat diri saya, jadi masa saya pertama kali jejakkan kaki di situ, saya rasa teruja dan keliru dalam pada masa yang sama.

gdragon-elle

Tambahnya,

KAIST dipenuhi dengan orang-orang yang bekerja keras untuk berjaya dalam bidang mereka sendiri. Banyak pelajar-pelajar di sini yang menghabiskan masa seharian mereka dengan belajar.

Benda ni mengingatkan saya pada zaman muda saya. Di mana, saya telah menghabiskan hampir kesemua zaman remaja saya di bilik latihan dan berlatih untuk menjadi penyanyi idola.

Teringin nak masuk kelas Profesor GD..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Elle Korea

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...