Beberapa jenama terkenal telah mengakui pengaruh besar G-Dragon dalam industri fesyen dan ingin bekerjasama dengannya.
Terbaru, tular di media sosial selepas satu akaun yang selalu mempromosikan jenama kasut terkenal memuat naik gambar sepasang kasut yang diinspirasikan oleh G-Dragon.
Dipenuhi dengan hiasan bunga matahari yang juga merupakan logo kepada jenama peribadi GD iaitu PEACEMINUSONE, kasut itu pertama kali ditunjukkan pada umum pada tahun 2023, selepas ahli BIGBANG tersebut memakainya di lapangan terbang.
Pada mulanya ianya hanya dibuat khas dan terhad untuk G-Dragon sahaja. Tetapi, selepas hampir setahun, peminat kini boleh menggayakan dan membeli kasut ‘custom’ itu di pasaran.
G-Dragon 2nd half comeback, here it is: https://t.co/oM5mbqoVkh
— KLIFE (@8KLIFE) June 8, 2024
Buat pengetahuan semua, kasut tersebut bukanlah kolaborasi rasmi G-Dragon bersama jenama itu, tetapi ianya ialah hasil air tangan dari pereka terkenal Korea yang yang menjadikan penyanyi itu sebagai inspirasi utamanya.
Ramai juga percaya bahawa G-Dragon akan mempromosikan lagu terbarunya yang akan datang sambil menggayakan kasut yang direka khas untuknya itu.
Cantiknya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.