Nampaknya, Lisa BLACKPINK sudah ‘kantoi’ mengenai hubungannya bersama CEO kaya iaitu Frédéric Arnault.

Terbaru, salah seorang penari latar Lisa telah memuat naik foto semua penari bersama wanita itu, di belakang pentas konsert amal ‘Le Gala des Pièces Jaunes’ yang berlangsung di Paris.
Tampil ceria dan gembira bergambar bersama, Lisa dilihat telah menggunakan telefon bimbitnya, untuk swafoto bersama semua penarinya.
Apa yang menarik perhatian, phone case ahli BLACKPINK itu mempunyai huruf ‘F.A’ di belakangnya iaitu permulaan huruf untuk nama kekasih khabar anginnya, Frédéric Arnault.
Lebih mencurigakan, foto sama yang dimuat naik di Instagram Lisa juga telah disunting agar telefonnya tidak kelihatan, mengukuhkan lagi dakwaan percintaan antara mereka berdua.
Komen netizen,
Hubungan mereka adalah nyata 😭
Kalau Lisa gembira, saya juga gembira!
Wah, seronoknya dilamun cinta 💛
Wow, hubungan mereka dah rasmi nampaknya.
Sweet sangat!
Bagaimanapun, ada juga yang terus menafikannya dan mendakwa bahawa ia bukannya telefon bimbit milik Lisa dan huruf di belakang phone case itu adalah ‘B.A’ bukannya ‘F.A’.
Apa pendapat korang pula?