Ikuti Kami:

“Mereka Macam Bercinta” – Pengarah ‘Call It Love’ Ulas Keserasian Kim Youngkwang & Lee Sungkyung

“Mereka Macam Bercinta” – Pengarah ‘Call It Love’ Ulas Keserasian Kim Youngkwang & Lee Sungkyung

Siap sedia semua untuk saksikan gandingan Kim Young-kwang bersama Lee Sung-kyung dalam sebuah drama!

Bagi yang belum tahu, Kim Young-kwang dan Lee Sung-kyung akan terajui siri Disney+ berjudul “Call It Love”, sebuah melodrama romantis yang menggambarkan kisah seorang lelaki dan seorang wanita yang keletihan dari realiti keras mereka namun, mula memahami satu sama lain dengan emosi baru dan mendapati diri mereka beransur-ansur berubah.

Terbaru ketika sesi temu bual ‘Disney Content Showcase 2022’ yang diadakan di Singapura, kedua pelakon itu telah berkongsi sedikit sebanyak mengenai drama berkenaan.

Pada awalnya, Kim Young-kwang dan Lee Sung-kyung ditanya sama ada mereka mempunyai perasaan cinta terhadap satu sama lain apabila menyelami watak. Jawab Lee Sung-kyung,

Hati saya sedikit bergetar apabila kami bertentang mata atau berada dalam ruang yang sama.

disney+ call it love

Kim Young-kwang turut mengaku,

Saya masih ingat bahawa ada kalanya saya jatuh cinta dengan wataknya dalam drama itu.

Kemudian, pengarah “Call It Love” turut menambah,

Saya mendengar ramai orang di bilik suntingan yang melihat perubahan pada ekspresi kedua pelakon itu dan tertanya sama ada mereka berdua benar-benar bercinta.

Sama-sama kita nantikan tayangan “Call It Love” pada 2023 nanti di Disney+!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...