Ikuti Kami:

“Mereka Layan Kami..” – RM BTS Kongsi Kisah Pertama Kali Jejak Anugerah Billboard

“Mereka Layan Kami..” – RM BTS Kongsi Kisah Pertama Kali Jejak Anugerah Billboard

RM BTS telah berkongsi layanan yang diterima mereka ketika pertama kali menjejakkan kaki di Anugerah Billboard.

Di dalam video temu bual yang baru dimuat naik baru-baru ini, RM BTS telah berkongsi kisah ketika mereka mula menjejakkan kaki di Anugerah Muzik Billboard buat kali pertama.

Terlebih dahulu pada 2017 BTS telah memenangi anugerah “Top Social Artist” di Billboard sekali gus menyingkirkan Justin Bieber dari takhta dan mencipta rekod baru sebagai artis Asia.

Ketua BTS itu berkata,

Masa mula-mula kami sampai di karpet merah, kami semua rasa sangat gementar. Tapi disebabkan banyak peminat kami yang turut berada di situ, perasaan gementar kami langsung hilang.

bts billboard

Tambahnya,

Masa di karpet merah tersebut, ramai selebriti lain yang tidak mengenali kami. Namun, selepas mereka dengar sorakan dari ARMY (kelab peminat BTS) mereka mula layan kami dengan baik.

Adunya lagi,

Malah, disebabkan itu juga ramai selebriti yang datang dan minta izin untuk bergambar dengan kami selepas mereka dengar sorakan peminat. Yang kelakarnya, kami tidak kenal pun dengan kebanyakan selebriti yang datang untuk bergambar.

Mesti selebriti-selebriti dekat situ teruja bila dengar sorakan peminat BTS masa di karpet merah kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...