Mengejutkan peminat, Jin BTS turut dilihat berada di majlis perkahwinan Ji-yeon T-ARA baru-baru ini.
Umum pasti mengetahui bahawa Ji-yeon telah berkahwin dengan pilihan hatinya pada 10 Disember semalam, dan majlisnya dihadiri ramai rakan selebriti termasuklah Jin BTS.
Menerusi beberapa video yang dikongsi, Jin dilihat mengucapkan tahniah dan membaling kelopak bunga kepada pasangan tersebut, ketika mereka menuju ke pelamin.
Dalam video lain, Jin juga turut dilihat duduk berdekatan dengan IU sambil merakam dan bertepuk tangan ketika suami Ji-yeon iaitu Hwang Jae-gyun membuat persembahan lagu hit T-ARA.
https://twitter.com/BTSForever_you/status/1601620833373257728?s=20&t=SeJaAan8G-ffhu-vkdrscw
Khususnya, Jin dipercayai menghadiri majlis perkahwinan tersebut sebagai sahabat kepada Hwang Jae-gyun, manakala IU adalah kawan baik kepada Ji-yeon.
Dalam pada itu, selebriti lain yang juga menghadiri majlis perkahwinan Ji-yeon dan Hwang Jae-gyun adalah Dong-hae, Si-won, Min-ho SHINee, Baek Ji-young, Ahn Bo-hyun, Park Na-rae dan ramai lagi.
Meriah betul!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.