Utama Celebrity News Kawan Baik, IU Akan Nyanyi Lagu Ucapan Tahniah Di Majlis Perkahwinan Jiyeon...

Kawan Baik, IU Akan Nyanyi Lagu Ucapan Tahniah Di Majlis Perkahwinan Jiyeon T-ARA

jiyeon iu

Peminat pastu tahu bahawa IU merupakan sahabat rapat kepada Ji-yeon T-ARA.

Sebelum ini, Ji-yeon telah mengumumkan bahawa dia akan berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu pemain besbol Hwang Jae-gyun, di Hotel Shilla Seoul pada 10 Disember ini.

Terbaru, media melaporkan bahawa penyanyi IU akan menyanyikan lagu ucapan tahniah di majlis perkahwinan Ji-yeon nanti.

Tidak lama kemudian, agensi IU mengesahkannya,

IU akan menghadiri majlis perkahwinan Ji-yeon dan menyanyikan lagu sebagai tanda ucapan tahniah.

jiyeon iu

Untuk pengetahuan, IU dan Ji-yeon mula berkawan semasa muncul bersama dalam program hiburan SBS “Heroic Girl” pada masa lalu. Meskipun rancangan itu sudah lama tamat, kedua mereka masih terus mengekalkan persahabatan rapat sehingga kini.

Best friend forever gitu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBEROsen
Loading...