Akhirnya! Ji-yeon T-ARA mengumumkan tarikh perkahwinan bersama Hwang Jae-gyun.
Terbaru, satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh AnB Group, yang mengesahkan tarikh rasmi bagi perkahwinan Ji-yeon dan Hwang Jae-hyun pada 10 Disember akan datang.
Mula menjalinkan hubungan pada penghujung tahun 2021 selepas mula berkenalan melalui kenalan masing-masing. Ji-yeon turut berkongsi ucapan sempena bakal melangsungkan perkahwinan,
Saya akan hidup dengan bahagia bersama kekasih saya yang boleh saya harapkan, yang sentiasa ada bersama saya dan jadi bahu untuk saya sandar.
Dalam pada itu, Ji-yeon juga bakal tampil dalam filem terbaru, “Gangnam Zombie”. Tayangan filem itu akan mula bersiaran pada 30 November yang akan datang dan Ji-yeon akan bergandingan bersama Ji Il-joo.
Tahniah buat Ji-yeon dan pasangan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.