Ikuti Kami:

“Mereka Ialah Hidup Saya..” – Ahli Kongsi Sampai Bila Mahu Terus Bersama ‘Running Man’

“Mereka Ialah Hidup Saya..” – Ahli Kongsi Sampai Bila Mahu Terus Bersama ‘Running Man’

Sudah 13 tahun bersama, pastinya setiap ahli “Running Man” mempunyai hubungan yang istimewa bersama satu sama lain tak kira yang tua mahupun yang muda.

Terbaru, kesemua ahli telah menyertai perjumpaan peminat ‘A Decade Of Laughter’ di Manila, Filipina bagi meluangkan masa bersama peminat antarabangsa. Bukan sahaja membuka pelbagai persembahan di pentas, namun mereka sempat menjawab beberapa persoalan yang bermain di fikiran semua.

Pertama sekali, Song Ji-hyo ditanya sehingga bila dia mahu terus berlari bersama “Running Man”. Jawabnya,

Saya mahu terus bersama ‘Running Man’ sehingga berumur seperti Ji Suk-jin. Kalau boleh, hingga umur 60 tahun.

running man

Apabila ahli paling tua, Ji Suk-jin ditanya apa makna program itu buatnya,

‘Running Man’ ialah kehidupan saya.

Mendengarkan jawapan jujur para ahli, peminat yang berada di dalam acara itu nyata tidak mampu menahan rasa sedih mereka. Kata mereka, “Running Man” merupakan antara penyembuh semasa semua keseorangan ketikan pandemik dan ada yang mula memakai alat pendengaran hanya kerana mahu mendengar suara setiap daripada mereka.

Sedihnya bila terbayang kalau mereka tiada..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...