Ikuti Kami:

“Mereka Hadiahkan Saya Bunga..”- Uhm Junghwa Dedah Taman Bunga Di Vila Mewah Miliknya

“Mereka Hadiahkan Saya Bunga..”- Uhm Junghwa Dedah Taman Bunga Di Vila Mewah Miliknya

Selepas kejayaan drama “Doctor Cha”, Uhm Jung-hwa kelihatan sangat bahagia kini.

Baru-baru ini, saluran YouTube Uhm Jung-hwa iaitu “Umaizing Uhm Jung Hwa TV” telah mengeluarkan video bertajuk “Lihat Betapa Mudahnya Uhm Jung-hwa Memasak”.

Dalam video tersebut Uhm Jung-hwa ada mendedahkan taman yang baru dihiasi di vila mewah pelakon itu.

Pada awalnya, Uhm Jung-hwa berkata,

Saya sangat menyukai bunga, dan saya menerima taman bunga sebagai hadiah. Saya sentiasa mahu mencipta taman bunga, tetapi saya tidak dapat melakukannya.

Uhm Junghwa

Tambahnya lagi,

Orang yang mengubah suai taman saya menonton drama ‘Doctor Cha’ serta ‘You Quiz the Block’ dan saya rasa sangat terharu dan mereka juga memberi saya bunga sebagai hadiah. Mereka melakukan segala-galanya dari pagi hingga petang semalam.

Selepas itu, Uhm Jung-hwa dengan bangganya mempamerkan taman indahnya yang dipenuhi dengan bunga-bunga dan pokok-pokok taman botani terkenal.

Dia berkata lagi,

Saya akan menghiasinya dengan lebih cantik dan berjalan-jalan dengan anjing saya. Ia begitu indah. Saya gembira.

Seronok betul Uhm Jung-hwa!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...