Baru-baru ini, GIRLS’ GENERATION telah muncul dalam program “Knowing Bros” bagi mempromosikan album baru mereka “Forever 1”.
Dalam episod tersebut, terdapat segmen yang membincangkan kata kunci yang berkaitan dengan setiap ahli GIRLS’ GENERATION. Di situ, Hyo-yeon berkongsi bahawa dia percaya bahawa sifat manusia adalah ‘jahat’.
Apabila ditanya sebab dia mempunyai pemikiran sebegitu, Hyo-yeon berkongsi tentang komen jahat yang dia terima sejak 15 tahun lalu. Dia berkata,
Saya mula berfikir seperti itu selepas saya menceburi industri hiburan. Dahulu, saya tidak pernah peduli dengan komen tersebut dan sentiasa berfikiran positif. Tetapi orang-orang itu tidak tahu apa-apa tentang saya, namun mereka menyebarkan khabar angin, menulis komen kasar dan mengejek penampilan saya. Mereka tidak pernah memikirkan perasaan orang lain semasa menulisnya, dan saya berasa kecewa apabila membaca kata-kata mereka.
Idola itu menambah,
Mereka harus datang mengatakannya di hadapan saya. Sekiranya saya tidak terlalu sibuk dengan jadual saya, saya akan datang menemui mereka dan memberitahu mereka untuk mengatakan perkara itu di hadapan saya.
Kemudian, Hyo-yeon turut ditanya sama ada dia pernah membalas komen jahat sebegitu. Dia menjawab,
Tidak berbaloi masa saya melakukan perkara sebegitu. Namun, memikirkan bagaimana kita dilahirkan tanpa mengetahui apa-apa tentang dunia dan perlu mula belajar tentang segala-galanya, saya percaya bahawa sifat manusia adalah jahat.
Lain kali fikir dulu tau kalau nak komen apa-apa.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.