Bakal bergandingan bersama, hubungan persahabatan antara Park Seo-joon dan Han So-hee nampaknya makin utuh kini.
Terbaru pada 24 April, tayangan perdana filem “Dream” yang diterajui Park Seo-join telah diadakan di Megabox COEX di Gangnam-gu, Seoul dan dihadiri oleh ramai rakan artis termasuklah Han So-hee.
Selepas tayangan perdana itu, Han So Hee telah memuat naik swafoto yang diambilnya di sebelah poster filem tersebut sambil meniru ekspresi wajah Park Seo-joon, membuat ramai terhibur.
https://twitter.com/4hyojoo/status/1650503934581112836?s=46&t=Qmh6zD9d5mDvjo1PPhLi_g
Di laman komuniti dalam talian, netizen rata-rata seronok melihat hubungan akrab mereka dan meninggalkan reaksi seperti,
Comel sangat dia tiru ekspresi Park Seo-joon.
Ini membuatkan saya ingin tonton ‘Gyeongseong Creature’ dengan lebih cepat.
Saya semakin teruja untuk lihat gandingan mereka nanti.
Sementara itu, Han So-hee dan Park Seo-joon akan terajui drama “Gyeongseong Creature”, dijadualkan untuk menemui penonton pada hujung tahun 2023 ini.
Mesti gempak ni ‘chemistry’ mereka!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉