Utama Rancangan Hiburan “Mereka Cakap..” – Jeon Somin Dedah Pernah Ditolak Sertai Program ‘Law Of...

“Mereka Cakap..” – Jeon Somin Dedah Pernah Ditolak Sertai Program ‘Law Of The Jungle’

jeon somin

Baru-baru ini dalam siaran 18 Disember program “Running Man”, penyanyi Juk Jae dan BE’O telah muncul sebagai tetamu.

Dalam siaran tersebut, Haha, Jeon So-min dan Yang Se-chan merupakan satu kumpulan dan mereka berganding bahu membuat unggun api di halaman rumah. Bagaimanapun apabila So-min gagal menyalakan api, Haha dan Se-chan secara berseloroh mengejeknya.

Kemudian, Haha memuji Se-chan dengan berkata,

Se-chan akan dapat bertahan sendirian jika dia muncul dalam ‘Law of the Jungle’.

Mendengar pujian itu, Se-chan terus berkata,

Saya pernah menyertai rancangan itu dan saya telah cuba membuat unggun api.

jeon somin running man

Jeon So-min kemudiannya terus terang mengaku,

Saya telah ditendang keluar selepas menghadiri mesyuarat ‘Law of the Jungle’. Mereka berkata tidak mengapa, mereka tidak akan memilih saya.

Alala kesian Jeon So-min tau.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERWiki Tree
Loading...