Ikuti Kami:

“Dengar Nama Saja… – Yoo Jaesuk Dedah Lelaki Tolak Janji Temu Bersama Jeon Somin

“Dengar Nama Saja… – Yoo Jaesuk Dedah Lelaki Tolak Janji Temu Bersama Jeon Somin

Hubungan ‘love-hate’ antara Jeon So-min dan Yoo Jae-suk dalam mana-mana program hiburan merupakan antara rencah yang sentiasa membuatkan penonton tertawa.

Terbaru, kedua-dua ahli “Running Man” itu telah bergandingan bersama Nucksal dalam sebuah program janji temu berjudul “Skip” di tvN.

Dalam episod pertama ini, Yoo Jae-suk sempat berkongsi cerita mengenai Jeon So-min yang sangat yakin apabila menjalani janji temu buat (blind date).

Akui wanita itu,

Saya banyak berjanji temu semasa muda namun kadar kejayaan saya bukan lah 100% tetapi 50% sahaja.

tvn skip

Usik Yoo Jae-suk,

Saya hanya berkata ini sekali lalu, tapi janji temu itu tak dianggap berjaya jika hanya satu pihak yang berkata okay.

Respon pelakon wanita itu,

Ianya bukan sesuatu yang memalukan.

Tambahnya,

Tak, dia kata dia sibuk dan beria-ia mahu berjumpa tahun hadapan.

tvn skip

Dedah lelaki tersebut pula,

Janji temu itu tak berlaku pun. Apabila mendengar ianya Jeon So-min, terus lelaki itu mengatakan dia sibuk. Kadang-kadang ianya berlaku.

Dek pendedahan itu, Jeon So-min tidak teragak-agak untuk memukul Yoo Jae-suk sekaligus membawa tawa penonton.

Pasti ada lelaki yang sesuai buat Jeon So-min nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...