Ikuti Kami:

“Mereka Boleh Cium..” – Heechul SUPER JUNIOR Dedah Sebab Cemburu Dengan Bekas Teman Wanita

“Mereka Boleh Cium..” – Heechul SUPER JUNIOR Dedah Sebab Cemburu Dengan Bekas Teman Wanita

Hee-chul SUPER JUNIOR telah berkongsi sebab kenapa dia mencemburui bekas teman wanitanya.

Pada 3 Mac, Hee-chul telah muncul dalam rancangan “My Little Old Boy” bersama dengan Jang Geun-seuk dan Lee Hong-ki F.T. Island. Di mana, ketiga-tiga mereka mengimbas kembali kenangan lalu serta memori yang melucukan.

Hee-chul berkata,

Awak nak tahu tak masa saya muda dulu, setiap kali saya lihat cermin, saya selalu fikir ‘wah saya boleh cium diri saya sendiri’.

Tambahnya,

Jadi sebab itu juga saya sangat mencemburui semua bekas teman wanita saya. Ianya kerana mereka boleh cium diri saya.

heechul

Tidak berhenti di situ, disebabkan mendapat respon yang kurang memberangsangkan daripada kedua-dua sahabatnya, Kim Hee-chul lantas pergi ke satu cermin besar yang ada di rumahnya dan melakonkan semula bagaimana dia hampir mencium dirinya di cermin pada masa lalu.

Katanya,

Saya yakin awak semua pun pernah buat perkara seperti ini di hadapan cermin juga kan?

Hee-chul ni makin lama makin kelakar kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...