Ikuti Kami:

“Mereka Beri Saya Kekuatan” – Kawan Baik, Lee Hyunwoo Kongsi IU Sokong Drama ‘Money Heist Korea’

“Mereka Beri Saya Kekuatan” – Kawan Baik, Lee Hyunwoo Kongsi IU Sokong Drama ‘Money Heist Korea’

Setelah hampir 5 tahun tidak muncul dalam mana-mana drama, Lee Hyun-woo akhirnya membuat penampilan dalam “Money Heist” versi Korea.

Untuk pengetahuan, “Money Heist – Joint Economic Area” menceritakan dunia di mana utara dan selatan Korea yang dalam usaha untuk digabungkan di mana mereka mempunyai akses bebas antara satu sama lain di suatu kawasan dipanggil ‘Joing Economic Area’. Walau bagaimanapun, dalam diam sekumpulan perompak merancang untuk melakukan rompakan besar-besaran sebanyak 4 trilion won dengan sekumpulan pihak berkuasa yang cuba menghalangnya.

Dalam versi Korea siri ini, Lee Hyun-woo memainkan watak sebagai penggodam kumpulan perompak bernama Rio.

lee hyunwoo

Ketika temu bualnya bersama OSEN baru-baru ini, Lee Hyun-woo diminta untuk berkongsi sama ada dia mendapat sokongan dari sahabatnya termasuk IU, untuk “Money Heist Korea”. Mengenai ini, Lee Hyun-woo menjawab,

Mereka yang rapat dengan saya hanya memberi saya ulasan yang baik. Mereka berkata ia bagus untuk melihat sisi baru saya selepas sekian lama, dan Rio sesuai dengan saya serta saya juga meluahkan watak ini dengan baik. Kata-kata mereka memberi saya kekuatan.

Sambungnya lagi tentang reaksi penonton terhadap lakonannya,

Sesetengah penonton memuji saya dan ada yang menunjukkan bahagian yang mengecewakan. Saya berasa sangat berterima kasih dan didorong oleh mereka yang telah memberikan saya kasih sayang yang begitu banyak apabila bertemu saya semula setelah sekian lama. Bagaimanapun, saya sentiasa bersyukur kerana saya boleh mencabar dan bergerak ke hadapan berkat pelbagai reaksi mereka.

lee hyunwoo money heist

Harap dapat tengok Lee Hyun-woo kembali aktif dalam dunia hiburan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...