Dengan jadual yang padat, agak-agaknya bagaimanakah idola K-Pop mula mengenali seseorang untuk bercinta?
Tebaru dalam siaran 16 September program “Mr. House Husband 2”, Jung Yong-hwa sedang meluangkan waktu dan berborak bersama rakan ahli CNBLUE iaitu Lee Jung-shin.
Ketika sedang makan, Yong-hwa berkongsi bahawa dia ada mendengar seseorang memberitahu tentang cara idola K-Pop bercinta kini. Jelasnya,
Saya mendengar ini tidak lama dahulu. Jika idola lelaki dan perempuan pergi ke kedai rambut pada masa yang sama, mereka akan bertukar nombor telefon menggunakan AirDrop. Mereka akan menghantar foto dengan nama dan nombor mereka.
Bagaimanapun, Lee Jung-shin dengan sedikit sedih memberi respon,
Saya tidak pernah menerima sebarang fail.
Jung Yong-hwa terus bersetuju dan berkata,
Kami tidak mengalami perkara seperti itu.
Ohh begitu..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.