Ikuti Kami:

“Merangkak Keluar Gim” – Son Heungmin Teruk ‘Dikerjakan’ Bila Bersenam Dengan Kim Jongkook?

“Merangkak Keluar Gim” – Son Heungmin Teruk ‘Dikerjakan’ Bila Bersenam Dengan Kim Jongkook?

Kim Jong-kook sememangnya dikenali sebagai seorang yang gemar bersenam dan sangat mementingkan soal kesihatannya.

Terbaru pada 2 Mac, Kim Jong-kook telah memuat naik video baru di saluran YouTube peribadinya, menampilkan pemain boleh sepak Park Joo-ho dan Lee Seung-woo.

Dalam video tersebut, Lee Seung-woo berkongsi jenis senaman yang sering dilakukannya dengan berkata,

Saya melakukan banyak senaman hayunan, ‘squats’ dan ‘deadlifts’.

Kemudian, Kim Jong-kook turut menjelaskan mengenai khabar angin yang menyatakan penyanyi bola sepak Son Heung-min pernah teruk ‘dikerjakan’ selepas bersenam dengannya,

Haha cakap sesuatu yang pelik lagi. Saya tak paksa dia bersenam terlalu keras. Saya cuma berkata, dalam Liga Perdana, keadaan fizikal adalah penting jadi, bahagian belakang perlu diutamakan.

Park Joo-ho yang berdiri di sebelahnya berkata kepada ahli “Running Man” itu,

Awak tahu ke kalau itu apa yang berlaku? Seung-woo datang hari ini dan melihatnya, tetapi langganan Son Heung-min kepada awak telah dibatalkan.

Untuk pengetahuan, sebelum ini, Haha pernah mendedahkan bahawa Son Heung-min telah berhenti dari bersenam dengan Kim Jong-kook disebabkan senaman gaya ‘Sparta’nya,

Saya dengar awak pernah pernah bersenam dengan Song Heung-min sekali dan dia merangkak keluar dari gim. Itulah betapa kerja kerasnya Kim Jong-kook ketika bersenam.

Punya teruk Kim Jong-kook bersenam sampai Son Heung-min pun tak sanggup!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...