Ikuti Kami:

“Anak Kim Jongkook Sedang Belajar Di Los Angeles Sekarang..” – Cha Taehyun

“Anak Kim Jongkook Sedang Belajar Di Los Angeles Sekarang..” – Cha Taehyun

Merupakan kawan baik, peminat pasti tahu bahawa Cha Tae-hyun memang suka untuk mengusik Kim Jong-kook.

Terbaru, Cha Tae-hyun dan Yoo Yeon-seok telah tampil dalam “Running Man” sebagai tetamu, bagi mempromosikan filem mereka “My Heart Puppy”.

Dalam episod itu, semua ahli dan tetamu menyertai perlumbaan ‘The Butler’s Day’ di mana mereka harus menjalankan tugas harian yang diberikan oleh tuan rumah. Ketika Cha Tae-hyun menjadi tuan tanah, Kim Jong-kook berkata kepadanya,

Saya boleh setia kepada awak seperti anjing. Saya boleh melakukan sesuatu.

Bagaimanapun, pelakon lelaki itu nampaknya tidak berpuas hati dengan perkenalan Kim Jong-kook dan berkata,

Saya harap pelayan saya telah berkahwin.

cha taehyun running man

Mendengar kenyataan Cha Tae-hyun itu, Yoo Jae-suk bertanya,

Saya fikir awak sangat kenal Kim Jong-kook dengan baik? Bukankah awak kata dia ada seseorang di Los Angeles?

Membuatkan semua orang ketawa, Cha Tae-hyun secara berseloroh memberi respon,

Saya dengar anaknya sedang belajar di kolej yang bagus di UCLA, Los Angeles.

yoo jaesuk cha taehyun

Suka betul sakat Jong-kook!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...