Ikuti Kami:

“Kita Akan Jumpa Dia..” – Cha Taehyun Dedah Kim Jongkook Ada Isteri Di Amerika Kini?

“Kita Akan Jumpa Dia..” – Cha Taehyun Dedah Kim Jongkook Ada Isteri Di Amerika Kini?

Tidak semena-mena, Kim Jong-kook dikatakan sudah mempunyai isteri yang menetap di Amerika kini?

Terbaru pada 26 Januari, Kim Jong-kook telah memuat naik video baru di saluran YouTube peribadinya, menampilkan ahli dari program “Dragon Club” iaitu Cha Tae-hyun, Jang Hyuk, Hong Kyung-min dan Hong Kyung-in.

Dalam video tersebut, kesemua mereka berkumpul di rumah Kim Jong-kook bagi menyambut perayaan ‘Lunar New year’ bersama-sama dan juga berborak mengenai pelbagai perkara.

Khususnya, Kim Jong-kook dan rakan-rakannya itu ingin melakukan program hiburan bersama. Semasa semua orang sedang berbincang tentang apa yang mereka ingin lakukan, Kim Jong-kook melontarkan ideanya,

Saya suka melancong, kerana kita boleh memperkenalkan perkara menarik kepada orang di negara yang kita lawati. Kita juga boleh melakukan pelbagai perkara bagi pihak penonton.

Mendengar idea itu, Hong Kyung-in bertanya kepadanya,

Mengapa awak nak sangat pergi mengembara?

kim jongkook

Jawab Kim Jong-kook,

Saya suka melancong ke luar negara.

Sebagai tindak balas, Cha Tae-hyun berkata,

Bunyinya bagus. Jom pergi ke Amerika dan cari gadis untuk Jong-kook. Kita boleh buat konsep seperti jumpa isteri awak.

Hong Kyung-in menambah,

Boleh membantu Kim Jong-kook untuk berkahwin.

kim jongkook cha taehyun

Respon Cha Tae-hyun secara berseloroh,

Ia bukannya untuk membantu dia berkahwin kerana dia sudah pun mempunyai isteri sekarang. Kami akhirnya akan bertemu dengan wanita milik Kim Jong-kook.

Suka tau dorang ni sakat Jong-kook!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...