Ikuti Kami:

“Menyesal Tak Keluar Awal” – Kyuhyun SUPER JUNIOR Dedah Kehidupan Selepas Tinggalkan SM

“Menyesal Tak Keluar Awal” – Kyuhyun SUPER JUNIOR Dedah Kehidupan Selepas Tinggalkan SM

Kyu-hyun SUPER JUNIOR telah berkongsi perasaan gembiranya selepas keluar dari asrama yang diduduki selama 18 tahun.

Pada 4 Januari, Kyu-hyun telah membuat penampilan di dalam rancangan “Thursday Night” di mana dia telah berkongsi maklumat terkini mengenai kehidupannya.

Secara khususnya, ahli SUPER JUNIOR tersebut berkongsi kisah hidupnya yang berubah selepas dia meninggalkan SM Entertainment dan bernaung di bawah syarikat ANTENNA Music.

Kyu-hyun berkata,

Saya dah tinggal selama 18 tahun di asrama SUPER JUNIOR dan saya rasa saya satu-satunya idola yang tinggal di asrama selama itu.

Tambahnya,

Sekarang dah nak masuk empat bulan sejak saya mula tinggal bersendirian di rumah sendiri dan saya sangat menyukainya sebab saya bebas untuk lakukan apa sahaja dan saya boleh berjalan satu rumah tanpa memakai apa-apa selepas mandi.

kyuhyun yt

Adunya lagi,

Sampai satu tahap saya sering berfikir ‘menyesalnya saya tak keluar dengan lebih awal’. Dulu saya bukannya tak bebas, tapi agak sukar untuk saya lakukan perkara yang saya suka bila tinggal di asrama.

Betul juga cakap Kyu-hyun kan! Bila tinggal di rumah sendiri kita boleh buat apa sahaja tanpa perlu memikirkan orang lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...