Ikuti Kami:

Bilik Persalinan Muzikal Dipecah Masuk, Kyuhyun SUPER JUNIOR Cedera Diserang Wanita Bersenjata

Bilik Persalinan Muzikal Dipecah Masuk, Kyuhyun SUPER JUNIOR Cedera Diserang Wanita Bersenjata

Eh, kenapa ni?

Pada 20 November, Kyu-hyun dilaporkan telah cedera selepas cuba untuk menghalang seorang wanita daripada melakukan serangan.

Wanita yang berusia 30-an itu telah memecah masuk ke dalam bilik persalinan selepas persembahan muzikal yang menampilkan Kyu-hyun itu tamat.

Wanita itu seterusnya cuba untuk menyerang seorang pelakon tambahan dengan menggunakan pisau namun perbuatan itu telah dihalang oleh Kyu-hyun dan menyebabkan ahli Super Junior tersebut mengalami kecederaan.

kyuhyun

Syarikat Kyu-hyun, iaitu Antenna telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan menyatakan bahawa kecedaraan yang dialami oleh Kyu-hyun tidak terlampau serius.

Kata mereka,

Kami sangat bersyukur kerana Kyu-hyun hanya mengalami kecederaan di jarinya dan dia juga telah dirawat dengan serta merta di tempat kejadian tersebut.

Sementara itu, pihak polis telah menahan wanita terbabit dan menyiasat punca sebenar mengapa dia melakukan serangan tersebut.

Menyeramkan betul kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...