Comeback KARA memang memuaskan hati kan? Korang suka tak?

Kemunculan semula kumpulan KARA sememangnya amat dinantikan oleh peminat mereka malah seluruh peminat K-Pop. Setelah hampir 7 tahun, mereka kini kembali dengan album khas, “MOVE AGAIN”.
Album khas “MOVE AGAIN” itu dihasilkan adalah bersempena dengan ulang tahun ke-15 mereka. Untuk comeback kali ini, mereka turut terlibat dalam sebahagian besar daripada penghasilan album termasuklah penulisan lagu dan pembikinan muka hadapan album tersebut. Lagu yang bertajuk “WHEN I MOVE” menampilkan susunan lagu yang millennial dan diiringi juga dengan vokal hebat dari mereka semua sendiri, dilihat mampu menjadikan lagu itu sebagai satu ‘ketagihan’.
Setelah lagu itu disiarkan, ia berjaya menduduki hampir kebanyakkan carta muzik seperti Bugs, Melon, Genie dan juga Flo. Selain lagu “WHEN I MOVE”, terdapat juga lagu seperti “HAPPY HOUR”, “SHOUT IT OUT” dan “OXYGEN”. Melihat kepada persembahan bertenaga mereka di pentas anugerah 2022 MAMA AWARDS, rata-rata dalam kalangan peminat amat teruja dan berpuas hati dengan kualiti persembahan yang diberikan malah mereka turut memuji kesungguhan kumpulan KARA.
Dalam pada itu, mereka juga turut membuat persembahan di pentas-pentas muzik yang lain seperti KBS2, “Music Bank”, rancangan MBC “Show! Music Core”dan juga rancangan SBS “Inkigayo”.
KARA'S MISTER THAT EVERYONE THOUGHT IT WAS A TITLE TRACK BUT ACTUALLY A BSIDE, AN ICONIC SONG INDEED pic.twitter.com/jiGobRqzJf
— lin ♡ (@beHYOtifulBoA) November 29, 2022
Han Seung-yeon juga berkata,
Ini merupakan antara detik gembira yang tak akan saya lupakan! Ini sangat sempurna untuk saya. Terima kasih kepada peminat kami, Kamilia dan juga semua staf syarikat penyiaran yang menyambut comeback kami dengan baik.
Nicole juga sempat berkongsi,
Saya tak boleh ungkapkan perasaan saya dengan kata-kata. Saya sangat bersyukur saya dapat tampil semula ke pentas sebagai ahli KARA setelah hampir 10 tahun. Saya masih mendapat sokongan dan rasa kasih sayang yang hebat daripada Kamilia dan saya sangat bersyukur!
Puas hati tak dengan comeback dorang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.