Ikuti Kami:

Menyamar Jadi Ahli BTS & Curi Lagu Dari Penerbit, Lelaki Berusia 28 Tahun Ini Ditangkap Polis

Menyamar Jadi Ahli BTS & Curi Lagu Dari Penerbit, Lelaki Berusia 28 Tahun Ini Ditangkap Polis

Ada seseorang cuba menyamar jadi ahli BTS?

Sekitar 22 Februari 2022, seseorang yang dipanggil ‘A’ telah berpura-pura menjadi ahli BTS, dengan menghubungi penerbit muzik Big Hit ‘B’ bagi mendapatkan maklumat aktivti kumpulan dan fail lagu yang tidak didedahkan.

Sejak itu, A telah menyiarkan lagu-lagu tersebut di Instagram sebanyak 47 kali atau menghantar mesej Kakao kepada orang lain. Untuk pengetahuan, aktiviti itu telah berlangsung sehingga 20 Mei tahun lalu.

Menurut siasatan, A memperoleh maklumat peribadi B melalui carian di Internet dengan harapan untuk memalsukan dirinya sebagai komposer yang berjaya.

bts

Terbaru pada 17 Julai,  Bahagian Jenayah Daerah Barat 9 Mahkamah Daerah Daegu mengumumkan bahawa A, seorang lelaki yang berusia 28 tahun telah dijatuhi hukuman penjara satu tahun dua bulan dan menerima percubaan selama tiga tahun, atas jenayah yang dilakukan.

Selain itu, mahkamah turut menjelaskan sebab hukuman itu dengan memberitahu,

Kami mengambil kira hakikat bahawa mangsa berkemungkinan besar mengalami kerosakan harta benda dan sosial, kebanyakan fail muzik yang dikeluarkan telah disunting dan disiarkan dalam tempoh singkat kira-kira 10 hingga 20 saat, muzik itu dikeluarkan sebagai album rasmi selepas jenayah itu.

Haihh nasib baik dapat tangkap..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...