Ikuti Kami:

“Memalukan..” – Jungkook BTS Hampir Diserang Peminat Fanatik Di Lapangan Terbang

“Memalukan..” – Jungkook BTS Hampir Diserang Peminat Fanatik Di Lapangan Terbang

Sebagai seorang peminat, kita seharusnya menjaga batas bersama selebriti.

Terbaru pada 12 Julai, Jung-kook BTS telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, dalam perjalanannya ke New York City.

Untuk pengetahuan, penyanyi itu akan membuat persembahan lagu “Seven” buat kali pertama di program “Good Morning America”.

Meskipun teruja melihat idola itu namun menerusi satu video, seorang peminat fanatik dilihat berjalan laju ke arah Jung-kook dan cepat dihalang oleh pengawal peribadinya.

Selepas video itu tersebar, peminat kebanyakannya malu melihat situasi tersebut dan bersyukur kerana pengawal cepat bertindak.

Haihh nasib baik..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...