Ikuti Kami:

Menjelang Comeback, T.O.P BIGBANG Tukar Gambar & Padam ‘YG Ent.’ Di Profil Rasmi

Menjelang Comeback, T.O.P BIGBANG Tukar Gambar & Padam ‘YG Ent.’ Di Profil Rasmi

Peminat pastinya tidak sabar untuk menantikan kemunculan semula BIGBANG tak lama lagi, kan?

Beberapa hari lepas, peminat telah dikejutkan dengan berita gembira oleh BIGBANG mengenai tarikh kemunculan semula mereka, iaitu pada 5 April ini. Dengan lagu terakhir mereka yang dikeluarkan pada 2018, peminat mempunyai jangkaan tinggi untuk muzik baharu mereka yang akan datang ini.

Dalam pada itu, pada 23 Mac, profil rasmi Naver ahli BIGBANG iaitu T.O.P dilihat mempunyai sedikit perubahan.

bigbang top

Pertama, gambar profil miliknya telah ditukar kepada gambar baharu, seperti gambar pasport, di mana dia memakai blazer hitam dan memandang terus ke hadapan. Terdapat reaksi bahawa ianya adalah ‘jarang’ bagi ahli untuk menukar gambar profil seminggu sebelum kemunculan semula kumpulan mereka. Bukan itu sahaja, maklumat agensinya juga telah dipadamkan daripada profilnya berikutan tamatnya kontrak T.O.P bersama dengan YG Entertainment pada 7 Februari lepas.

Selain itu, di bahagian bawah profil, frasa ‘Penyertaan saya pada 2022.03.22’ telah ditulis. Ini bermakna perubahan profil telah dibuat atas permintaan T.O.P atau wakil dari T.O.P sendiri. Peminat menjangkakan bahawa T.O.P sedang memberi petunjuk bahawa dia akan mula bergerak secara solo, selepas kemunculan semula BIGBANG pada April ini.

Tambahan, sebelum ini juga T.O.P sendiri telah memberi ‘hint’ bahawa dia akan memulakan kerjayanya sebagai artis solo, ketika temu bualnya bersama majalah Prestige. Menurutnya,

Saya telah memberitahu peminat saya sejak debut, bahawa saya telah merancang untuk kembali dengan album solo pada masa akan datang apabila saya sudah bersedia. Sekarang, saya dah bersedia. Album pertama saya akan keluar tidak lama lagi, dan ia akan menjadi perjalanan pertama saya untuk berkongsi siapa saya sebenarnya.

bigbang comeback

Sementara itu, BIGBANG telah dijadualkan untuk membuat kemunculan semula dengan lagu baharu pada 5 April ini. Lagu baharu BIGBANG ini adalah yang pertama dalam kira-kira 4 tahun sejak single “Flower Road” dikeluarkan pada Mac 2018.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...