Ikuti Kami:

Mengujakan! Choo Youngwoo & Cho Yihyun Kongsi Sebab Perlu Tonton ‘Head Over Heels’ Di Prime Video

Mengujakan! Choo Youngwoo & Cho Yihyun Kongsi Sebab Perlu Tonton ‘Head Over Heels’ Di Prime Video

Peminat drama bersejarah dan juga komedi romantik, pastinya wajib menonton “Head Over Heels”.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Choo Young-woo dan Cho Yi-hyun yang merupakan teraju utama drama Prime Video berkenaan, mereka telah berkongsi dengan lebih lanjut mengenai apa yang boleh dinantikan penonton.

Untuk pengetahuan, drama ini membawa kisah pertemuan takdir antara dua insan dari dunia berbeza — seorang lelaki yang rasional dan berhati-hati, dan seorang wanita misteri dengan kuasa luar biasa. Bersama-sama, mereka menelusuri kisah cinta yang penuh dengan elemen fantasi, misteri, dan cabaran tak terduga, sambil belajar mempercayai takdir, pilihan, dan kekuatan cinta sejati.

Soalan: Bagaimana anda akan menggoda penonton antarabangsa dengan “Head Over Heels” dalam satu ayat?

Yi-hyun: Ia adalah gabungan remaja, percintaan, seram, fantasi dan banyak lagi.

Young-woo: Suasana keseluruhannya sangat comel.

cho youngwoo

Soalan: Apakah yang anda harap penonton akan pelajari daripada mesej drama ini tentang takdir dan pilihan?

Yi-hyun: Saya cuma mahu katakan kepada semua yang menonton — percayalah pada pilihan anda. Jika anda yakin dengan pilihan anda dan teruskan hingga ke akhir, ia pasti akan menjadi jalan yang tepat untuk anda. Bukan hanya watak-watak, malah tema keseluruhan drama ini juga sangat berpusatkan cinta, jadi saya harap penonton juga dapat merasai cinta itu dalam hati mereka.

Young-woo: Sebenarnya saya tidak percaya pada takdir. Saya percaya bahawa setiap orang mencipta takdir mereka sendiri dengan membuat satu pilihan demi satu lagi. Takdir setiap orang berada di tangan mereka sendiri — ia adalah sesuatu yang mereka bina. Selain itu, adalah satu rahmat jika anda dikelilingi oleh orang yang menyokong dan mengambil berat tentang anda sepanjang perjalanan hidup. Dalam hal ini, saya rasa Gyeon-U sangat bertuah kerana dia ada sekutu yang hebat di sisinya.

Soalan: Drama ini menggabungkan dunia yang nyata dan tidak nyata. Bagaimana anda secara peribadi menangani perkara yang tidak diketahui atau ketidakpastian dalam hidup anda?

Yong-woo: Saya rasa ketidakpastian adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan sebagai seorang pelakon, dan saya juga percaya ia penting untuk seni secara keseluruhan. Sebab kalau kita terlalu selesa dan tidak mahu keluar dari zon selesa itu, saya rasa itulah saat di mana kita mula ketinggalan. Jadi walaupun rasa cemas itu wujud kerana ketidakpastian, kita tetap perlu menerimanya kerana ia sebahagian daripada kehidupan.

Yi-hyun: Saya juga rasa sedikit ketidakpastian atau kebimbangan itu membantu dalam kehidupan, dan saya percaya perasaan cemas atau gugup adalah bukti bahawa saya sedang menjalani hidup sepenuhnya. Jadi apabila saya rasa cemas, saya tidak memaksa diri untuk mengatasinya. Sebaliknya, saya cuba merasainya dan menerimanya seadanya.

cho yihyun

Soalan: Bagaimana anda menggambarkan nada unik drama ini — yang mengimbangi elemen romantik, misteri, dan fantasi?

Young-woo: Bagi saya, hakikat bahawa pelbagai genre boleh wujud bersama dalam satu siri ini memang membawa sesuatu yang baharu. Dan selain itu, tema cinta yang sentiasa ditekankan oleh Yi-hyun turut disatukan ke dalamnya. Saya percaya gabungan ini mewujudkan nada yang sangat menarik untuk drama kami.

Yi-hyun: Sangat sukar untuk menggambarkan dengan kata-kata bagaimana drama ini menghidupkan gabungan pelbagai genre, jadi saya sangat mengesyorkan anda menontonnya sendiri dan alami sendiri keunikannya.

Jangan lupa tonton “Head Over Heels” di Prime Video.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...