Ikuti Kami:

Banyak K-Drama Menanti, Adakah Cho Youngwoo Bakal Jadi Pengganti Byun Wooseok?

Banyak K-Drama Menanti, Adakah Cho Youngwoo Bakal Jadi Pengganti Byun Wooseok?

Adakah Cho Young-woo bakal menjadi Byun Woo-seok kedua?

Kini, dunia hiburan sedang dilanda ‘penyakit Choo Young-woo’. Dengan pencapaiannya dalam drama “The Tale Of Lady Ok”‘, yang tamat dengan rating 13.6%, di mana dia mendapat pengiktirafan untuk lakonan dua wataknya, Choo Young-woo terus menarik perhatian penonton melalui siri Netflix “The Trauma Code: Heroes On Call”.

Walaupun baru lima tahun berkecimpung dalam industri, dia terus giat berlakon dalam pelbagai karya, menarik perhatian ramai. Selepas kejayaan dua projek, karya seterusnya termasuk drama Netflix “Mercy For None” yang akan ditayangkan pada April dan “The Cowherd And The Fairy” pada bulan Jun. Dalam “Mercy For None”, dia akan mempamerkan aksi noir bersama So Ji-sub dan Heo Joon-ho, manakala dalam “The Cowherd And The Fairy”, dia akan menampilkan kisah cinta fantasi bersama Jo Yi-hyun.

cho youngwoo

Disebabkan “The Cowherd And The Fairy” merupakan cerita romantik yang melibatkan perjalanan ke masa lampau, ramai ternanti-nanti sama ada Cho Young-woo bakal menjadi fenomena seperti Byun Woo-seok dalam “Lovely Runner”.

Dalam pada itu, penerbit “The Tyrant’s Chef” turut meluahkan jangkaan tinggi buat pelakon tersebut memandangkan dia akan menjadi teraju lelaki kedua dalam drama berkenaan,

Saya menjangkakan ini akan menjadi ‘Lovely Runner’ kedua.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...