Lagi kes jenayah di Korea.
Perbuatan jenayah ini berjaya dihidu pihak polis pada tahun 2006.
Kronologi
Mahkamah tempatan Korea mengeluarkan waran tangkap pada Januari 2006 ke atas seorang lelaki Korea Selatan yang disyaki telah merogol kira-kira 84 wanita dalam tempoh tujuh tahun.
Lelaki itu yang juga merupakan bekas pemandu teksi berusia 45 tahun hanya didedahkan dengan nama keluarganya Lee. Selain itu, dia lebih dikenali sebagai nama samaran ciptaan media sebagai ‘bbalbari’ yang bermaksud ‘gundog’ iaitu seekor anjing baka Sepanyol.
Dalam pada itu, Lee didakwa telah merompak dan merogol sekurang-kurangnya 82 wanita antara Januari 1999 sehingga Oktober 2005 di Daejeon dan bandar wilayah lain seperti Cheongju, Suwon, Daegu dan Jeonju.
Modus operandi suspek
Serangannya menjadikan polis negara Korea Selatan pada ketika itu sangat berwaspada kerana suspek tidak meninggalkan sebarang bukti seperti cap jari pada setiap jenayahnya yang dilakukan selama 10 tahun lalu. Menurut polis, Lee merogol wanita dengan pelbagai cara, tetapi dalam kebanyakan kes dia akan menyamar sebagai pelari di jalan terpencil.
Memakai pakaian sukan, sarung tangan dan topeng putih untuk menyembunyikan wajahnya, Lee akan mengejar setiap mangsa yang dilihat berseorangan. Cara dia mengikut mangsa adalah seperti seekor anjing kecil, oleh sebab itu dia diberi nama samaran ‘bbalbari’.
Selain daripada itu, Lee juga sangat berani untuk menyerang mangsa-mangsanya di rumah mereka. Pada ketika inilah Lee akan mengugut mereka dengan pisau, setelah berjaya merompak dia juga akan merogol mangsa.
Tidak cukup dengan itu, kadangkala Lee menyamar sebagai pengutip cukai atau petrol untuk memasuki rumah mangsa. Dalam satu kes, Lee merogol empat wanita dalam satu masa. Disebabkan oleh mahu hapuskan bukti tentang identitinya pada badan mangsa, Lee memaksa mangsa untuk mandi dan bersihkan diri.
Dalam siasatan awal Lee berkata bahawa, dia pertama kali merogol pelanggan wanitanya ketika dia menjadi pemandu teksi dan wanita itu tidak mengendahkan perbuatan terkutuk itu kerana mabuk. Dia juga memberitahu penyiasat bahawa dia mengulangi jenayah rompak dan rogol kerana tidak menyangka serangan pertamanya menjadi sangat mudah.
Hukuman
Semasa perbicaraan, Lee berkata dia berasa sangat lega dengan apa yang berlaku sekarang. Tambahnya, kalau tidak ditangkap dia mungkin akan berterusan melakukan jenayah keji itu.
Lee akhirnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan bukannya hukuman mati sebagaimana yang diminta oleh pihak pendakwaan atas alasan, dia hanya merogol dan tidak melakukan pembunuhan.
Lagi, Lee didapati merompak wang berjumlah lebih kurang 24,000,000 won (RM86,500) daripada mangsa-mangsanya. Tambahan menurut polis, mungkin mangsa rompak dan rogol oleh lelaki ini melebihi 100 orang kerana 82 mangsa wanita yang diceritakan oleh Lee itu adalah apa yang dia ingat sahaja.
Hmm wanita kena selalu bawa pepper spray la kalau macam ni..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.