Ikuti Kami:

Pelakon ‘Start-Up’ Song Seonmi Kongsi Kisah Tragis Suami Dibunuh 3 Tahun Lepas

Pelakon ‘Start-Up’ Song Seonmi Kongsi Kisah Tragis Suami Dibunuh 3 Tahun Lepas

Pelakon Song Seon-mi yang baru sahaja selesai membintangi drama “Start-Up” sebagai ibu kepada watak lakonan Suzy rupanya menyimpan kisah duka yang sangat menyedihkan.

Dalam rancangan MBN “Eat More” baru-baru ini, pelakon itu berkongsi cerita mengenai mendiang suaminya yang menemui ajal selepas dibunuh pada 3 tahun lepas.

Ia merupakan insiden yang sangat besar, jadi ramai yang tidak tahu cara untuk memujuk saya. Saya rasa semua orang di sekeliling saya juga mengalami masa yang sukar. Pun begitu, tak kisah sama ada mereka meluahkannya ataupun tidak, saya dapat merasakan keikhlasan mereka.

song seonmi

Untuk pengetahuan anda, suami Song Seon-mi telah ditikam sehingga mati pada Ogos 2017 di sebuah firma guaman bertempat di Seocho-gu, Seoul. Pada ketika itu, dia dibunuh oleh sepupunya akibat konflik mengenai perwarisan harta datuk mereka. Sepupunya itu telah membayar pembunuh upahan untuk membunuh suami Song Seon-mi. Sepupu tersebut yang bernama Mr. Kwak kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup ketika perbicaraan kali kedua kes itu.

Pada ketika itu, saya tidak berada dalam emosi yang baik. Saya terfikir macam mana saya boleh bergelak ketawa dengan orang lain. Nampaknya saya dah menerima kenyataan bahawa suami saya sudah tiada.

song seonmi

Tambahnya lagi,

Saya tak pernah menggunakan frasa ‘orang yang cantik’ tapi dia punyai hati yang cantik. Dia sangat baik. Bila dilihat semula, saya sedar bahawa saya dilayan seperti permaisuri sepanjang hidup dengannya.

Semoga Song Seon-mi tabah menghadapi hari mendatang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...