Ikuti Kami:

“Menggembirakan Tapi..” – Shin Yeeun Beri Klu Ending ‘Revenge Of Others’

“Menggembirakan Tapi..” – Shin Yeeun Beri Klu Ending ‘Revenge Of Others’

Sudah bersiaran untuk 8 episod, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang kesudahan drama “Revenge of Others”, kan?

Untuk pengetahuan, “Revenge of Others” yang diterajui Shin Ye-eun dan Park Solomon, membawa kisah seorang gadis yang memasuki sekolah untuk mencari dalang disebalik kematian abang kembarnya.

Terbaru, Shin Ye-eun telah terlibat dengan temu bual bersama Disney+ bagi berkongsi sedikit sebanyak mengenai drama berkenaan.

Tinggal lagi 4 episod sehingga drama itu tamat, Shin Ye-eun turut memberi sedikit ‘bayangan’ mengenai ending “Revenge of Others”. Kongsinya ketika sesi temu bual,

Pengakhirannya menggembirakan kerana ia berakhir dengan pelakunya diketahui. Tetapi pada pandangan Chan-mi dia memikirkan ‘apa lagi yang tinggal?’, dia mempersoalkan apa yang dia dapat selepas melakukan semua perkara itu. Pada akhirnya, dia tetap sama seperti yang lain.

disney+ revenge of others

Tambahnya lagi,

Ia mungkin menggembirakan penonton tetapi memandangkan saya Chan-mi, penonton mungkin mempunyai hati yang sama seperti saya. Secara keseluruhan, bukankah wajar untuk menghormati keputusan dan pilihan Chan-mi?

Dalam pada itu, “Revenge of Others” ditayangkan pada setiap hari Rabu menerusi Disney+.

Jangan lupa tonton sehingga episod akhir!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...