Ikuti Kami:

Adik Selongkar Kes Pembunuhan Abang, Plot ‘Revenge Of Others’ Raih Pujian Penonton

Adik Selongkar Kes Pembunuhan Abang, Plot ‘Revenge Of Others’ Raih Pujian Penonton

Dengar cerita, ramai yang syok melayan “Revenge Of Others” di Disney+ kini?

Sinopsis

Ia membawa kisah seorang gadis yang memasuki sekolah untuk mencari dalang disebalik kematian abang kembarnya.

Perkongsian bintang

Dalam sidang media yang berlangsung, para pelakon dan pengarah “Revenge Of Others” sempat berkongsi sedikit sebanyak mengenai siri ini.

Terdapat situasi di mana protagonis sendiri yang ke hadapan mengenai jenayah yang berlaku. Remaja dipaksa untuk menghadapinya kerana mereka tidak mengikuti norma di mana jika mereka berdosa, mereka perlu dihukum. Ianya bukan dibina untuk mengetengahkan isu sosial, tapi anda akan terfikir mengenainya.

disney+ revenge of others

Dalam pada itu, Park Solomon dan Shin Ye-eun juga menampilkan watak yang berbeza dari sebelumnya di mana mereka banyak melakukan babak aksi. Malah mereka turut belajar pelbagai aktiviti fizikal baru seperti bertinju dan menembak.

Bunuh diri atau dibunuh?

[Amaran SPOILER]

Dalam episod awalnya, “Revenge Of Others” tidak berselindung dan terus memaparkan kejadian ‘bunuh diri’ yang menimpa Park Won-seok di mana lelaki itu dilihat ditolak dari tingkap semasa sedang berbual dengan adiknya, Ok Chan-mi menerusi panggilan video.

Bengang dengan keputusan pihak polis dan sekolah yang memilih untuk menutup kes itu sebagai bunuh diri, Ok Chan-mi memilih untuk memasuki institusi berkenaan bagi menyelongkar kebenaran disebalik kematian abangnya. Malah dia mula berkenalan dengan Ji Soo-heon, salah seorang pelajar di sekolah berkenaan yang daif dan baru sahaja mempelajari bahawa dia menghidap barah otak.

disney+ revenge of others

Tidak tahu mahu mempercayai siapa, Ok Chan-mi menyandar pada Ji Soo-heon selepas melihat lelaki itu yang cuba membantunya apabila berada dalam kesusahan. Keadaan bagaimana pun semakin kusut apabila rata-rata pelajar sepertinya hanya mempunyai memori buruk abangnya, justeru membuatkan gadis itu mula meragui abang yang dikenalinya sebagai seorang yang baik.

Lebih mengejutkan apabila video Park Won-seok ditendang ke luar tingkap di dalam auditorium menyebabkan keadaan huru-hara di sekolah itu. Mana tak kusut, kes bunuh diri itu kini bertukar kepada kes pembunuhan dan semua mula tertanya-tanya siapakah dalangnya.

Plot twist demi plot twist

Tidak memberikan fokus buat cinta, “Revenge Of Others” berjaya membuatkan penonton tertanya-tanya mengenai siapakah pembunuh sebenar Park Won-seok selain mengetengahkan mengenai isu yang menjadi dilema para pelajar sekolah di Korea kini. Meskipun hanya memaparkan sedikit sahaja mengenai kes buli namun ianya cukup untuk membuatkan semua berasa geram dan marah.

disney+ revenge of others

Dalam pada itu, rata-rata penonton drama ini memberikan ‘thumbs up’ buat plot dan lakonan para pelakon utama kerana berjaya membuatkan semua ternanti-nantikan episod barunya.

Kepada yang belum menonton, jangan lupa untuk langgan Disney+ okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...