Ikuti Kami:

Mengejutkan Peminat, Jennie Nyanyi Lagu Solo Baru Di Konsert BLACKPINK ‘BORN PINK’

Mengejutkan Peminat, Jennie Nyanyi Lagu Solo Baru Di Konsert BLACKPINK ‘BORN PINK’

Peminat pastinya tidak senang duduk menantikan persembahan BLACKPINK di konsert jelajah mereka “BORN PINK”, yang bermula di Seoul pada hari ini.

Membuka pentas dengan lagu “How You Like That”, semua ahli Ji-soo, Jennie, Rosé dan Lisa tampil dengan penuh bertenaga, dengan aura mereka yang cukup mempersona!

Seperti konsert jelajah mereka pada 2018 dahulu, semua ahli turut membuat persembahan secara solo dengan lagu pilihan masing-masing di konsert ini.

Khususnya, persembahan solo Jennie telah menerima perhatian ramai dek idola itu mempersembahkan lagu solo barunya, yang tidak pernah dikongsi sebelum ini.

Memulakan persembahan dengan tarian seperti seorang penari balet, Jennie sekali lagi telah membuktikan dirinya sebagai idola yang serba boleh, dengan bakatnya dalam nyanyian, tarian, dan juga rapping.

Ketika di hujung konsert, Jennie mendedahkan bahawa lagu yang dipersembahkan itu belum pernah dikeluarkan lagi dan dia mahu menunjukkan sisi lain dirinya kepada peminat.

Gempak la Jennie!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...