Ikuti Kami:

Mengejutkan, Gu Hyesun Dedah Masih Terima Pendapatan Hasil Dari ‘Boys Over Flowers’ Sehingga Kini

Mengejutkan, Gu Hyesun Dedah Masih Terima Pendapatan Hasil Dari ‘Boys Over Flowers’ Sehingga Kini

Ada tak yang pernah layan drama “Boys Over Flowers” yang ditayangkan pada 2009 dahulu?

Sebelum ini, Gu Hye-sun iaitu pelakon utama “Boys Over Flowers” telah tampil dalam program radio Park Myung-soo, di mana dia membuat pendedahan mengejut tentang kewangannya.

Dalam siaran tersebut, Gu Hye-sun berkongsi kepada pendengar tentang apa yang dia lakukan sekarang. Kongsinya,

Saya membuat muzik New Age, dan saya menulis. Saya juga turut mengarah, yang membolehkan saya melakukan semua itu.

goo hyesun

Kemudian, Gu Hye-sun turut memberi gambaran sebagai seorang pelakon,

Jika awak bekerja selama sebulan, awak boleh melakukan apa sahaja yang awak mahu selama setahun. Selepas penggambaran ‘Boys Over Flowers’, saya dapat melakukan apa sahaja yang saya mahukan untuk masa yang lama, tetapi kini tiba masanya untuk saya mencari projek lain.

Tertanya-tanya tentang kenyataan Gu Hye-sun, DJ radio Park Myung-soo bertanya kepadanya,

Adakah itu bermakna awak masih menerima keuntungan dari apa yang awak buat dalam ‘Boys Over Flowers’ sehingga sekarang?

goo hyesun

Mengejutkan, Gu Hye-sun menjawab,

Betul. Saya masih.

Fuh kemain hebat penangan “Boys Over Flowers”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...