Ikuti Kami:

“Saya Tak Tipu Tentang Kecurangan Ahn Jaehyun Dengan Pelakon Wanita Lain” – Gu Hyesun

“Saya Tak Tipu Tentang Kecurangan Ahn Jaehyun Dengan Pelakon Wanita Lain” – Gu Hyesun

Sekali lagi, kisah mengenai pasangan yang sudah berpisah kini iaitu Gu Hye-sun dan Ahn Jae-hyun menjadi bualan ramai.

Umum wakil guaman dari LIWU Law Group,

Pihak pendakwaan membersihkan segala tuduhan buat pemilik YouTube Lee Jin-ho yang disaman Gu Hye-sun atas dakwaan merosakkan nama. Kebenaran dan pendedahan kononnya dari ‘kenyataan dari seorang pelakon wanita’ adalah isu utama kes ini dan Gu Hye-sun masih memegang kuat dengan pengakuan bertulis pada 8 April 2020. Lee Jin-ho pada ketika itu, mendakwa kenyataan berkenaan sebagai palsu dengan alasan ia tidak menggunakan borang undang-undang yang betul. Pun begitu, kenyataan ini sebenarnya ialah ditulis pada waktu individu berkaitan memberikan testimoni dengan pengesahan dan kebenaran.

gu hyesun

Tambahnya lagi,

Pihak pendakwaan berkata bahawa tiada bukti kukuh untuk membuktikan bahawa Lee Jin-ho mempunyai niat untuk menuduh Gu Hye-sun dan kami tidak boleh menerimanya. Kalau Lee Jin-ho bertanya Gu Hye-sun mengenai fakta atau mengesahkan maklumat itu dengannya dahulu sebelum memuat naik video gosip tentang kehidupan peribadinya, salah faham yang tidak sepatutnya berlaku ini selain isu yang merosakkan imej tidak akan terjadi. Pendedahan kenyataan itu dan informasi terperinci bagaimana ianya didedahkan perlu dikongsi. Entri pendedahan di Nate-Pann yang dikatakan oleh Lee Jin-ho dan alasan ianya dipadam perlu disahkan juga.

Dalam pada itu, wakil guaman ini mengatakan bahawa siasatan lanjut perlu dilakukan kerana tuduhan Gu Hye-sun memalsukan dokumen adalah tidak berasas. Malah pelakon wanita itu bercadang untuk membuat rayuan bagi membuka semula kertas siasatan.

ahn jaehyun gu heysun

Untuk pengetahuan, semasa proses penceraian pasangan itu, terdapat kenyataan mengenai kecurangan Ahn Jae-hyun berterbangan di laman komuniti. Kemudian, Lee Jin-ho menyatakan bahawa dokumen sebenar adalah palsu memandangkan ia tidak mempunyai tandatangan dan cop. Dek insiden itu, Gu Hye-sun menfailkan saman buat lelaki berkenaan atas tuduhan fitnah dan dakwaan lain.

Hmmm.. masih lagi tak selesai..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...