Ikuti Kami:

“Mengarut..” – Individu Dakwa Hyunbin & Son Yejin Akan Bercerai, Agensi Beri Respon

“Mengarut..” – Individu Dakwa Hyunbin & Son Yejin Akan Bercerai, Agensi Beri Respon

Tidak semena-mena, seorang individu telah menyebarkan fitnah mengenai pasangan Hyunbin dan Son Ye-jin..

Terbaru, satu video pendek di YouTube telah menyebarkan khabar angin yang mendakwa bahawa Hyunbin dan Son Ye-jin akan bercerai pada bulan April ini. Tulis mereka,

Hyunbin dan Son Ye-jin akan bercerai pada bulan April.

Hyunbin kehilangan ₩3.00 bilion KRW (kira-kira RM10,247,750) melalui pelaburan saham dan juga menanggung banyak hutang perjudian. Son Ye-jin terus bersabar tetapi dia tidak boleh lagi dan mahu bercerai.

Khususnya dalam video tersebut, pengacara Jimmy Kimmel mengatakan bahawa dia seorang yang gila berjudi. Bagaimanapun, video itu sememangnya tiada kaitan dengan Hyunbin dan saluran YouTube berkenaan hanya memulakan khabar angin tentang ramai selebriti.

hyunbin son yejin

Tidak lama kemudian, agensi Hyunbin VAST Entertainment telah mengeluarkan kenyataan mengecam video tersebut. Tulis agensi,

Video itu mengarut dan tidak benar sama sekali.

Bukannya kami tidak tahu mengenainya kerana kami sentiasa memantau berita palsu. Oleh kerana ia tidak benar, kami membincangkan secara dalaman bagaimana untuk menangani perkara ini. Kami sedang bersedia untuk menjawab bahawa ia tidak benar.

Kami sedang mengambil tindakan dengan laman, melaporkan video dan memintanya untuk dialih keluar dan kami akan terus memantau keadaan serta mengambil tindakan lanjut jika perlu.

Haih suka hati je fitnah..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...