Ikuti Kami:

“Bila Saya Pulang Ke Rumah..” – Hyunbin Akui Gembira Selepas Jadi Suami & Bapa

“Bila Saya Pulang Ke Rumah..” – Hyunbin Akui Gembira Selepas Jadi Suami & Bapa

Selepas berkahwin, Hyunbin nampaknya makin gembira kini.

Baru-baru ini, Hyunbin telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual khas bersama majalah Dazed Korea, di mana dia berkongsi tentang pelbagai perkara.

Pada awal sesi temu bual, Hyunbin bercakap tentang perkembangannya yang terkini,

Saya mengeluarkan dua filem dalam setahun. Dari segi peribadi, saya rasa seperti diberkati. Itulah yang telah saya lakukan sekarang ini.

Kemudian, pelakon itu turut menjelaskan perasaanya selepas berkahwin dan juga mempunyai seorang anak,

Dengan perubahan baru-baru ini, saya mula melihat dan mendengar perkara yang tidak dapat saya lihat atau dengar sebelum ini.

hyunbin

Tambahnya lagi,

Saya lebih berfikir dan saya lebih berhati-hati. Saya gembira. Apabila saya pulang ke rumah dari kerja, saya rasa seperti saya sudah ‘lengkap’. Kata-kata tidak cukup untuk menjelaskan perasaan itu.

Semoga Hyunbin dan keluarga sentiasa bahagia!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...