Ikuti Kami:

“Mengangkang Macam Tu..” – Kontroversi Lagi, Hwasa Dikritik Seksualkan Baju Sekolah

“Mengangkang Macam Tu..” – Kontroversi Lagi, Hwasa Dikritik Seksualkan Baju Sekolah

Siapa yang mengenali Hwasa pastinya mengetahui bahawa ahli MAMAMOO itu langsung tak kisahkan pendapat orang lain.

Malah dia sentiasa tampil yakin dengan pakaian menjolok mata selain persembahan seksi meskipun asyik dikritik ramai kerana dianggap keterlalun.

Dalam episod terbaru “Knowing Brothers”, Hwasa telah menjadi tetamu bagi mempromosikan lagu terbarunya “I Love My Body”. Umum mengetahui bahawa program itu membawa konsep kelas di sekolah lantas wanita itu hadir dengan pakaian seragam yang diubah sedikit di mana dia menyarungkan skirt pendek dengan baju yang kelihatan seperti bra sahaja.

Melihatkan penampilan Hwasa, rata-rata penonton meluahkan rasa kesal kerana ahli MAMAMOO itu yang sepertinya langsung tak belajar dari kesilapan dan menampakkan pakaian untuk budak bawah umur sebagai satu item seksual.

Kata mereka,

Saya tak kisah baju seksi, tapi agak tak senonoh melakukan persembahan mengangkang sambil pakai baju sekolah.

 

Saya suka Hwasa tapi dia agak keterlaluan..

 

Dia selalu melebih-lebih dan kali ini agak melampau.

 

Melampau lah bergaya macam ini semasa memakai baju sekolah.

 

Penat lah dengan dia ni.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...