Ikuti Kami:

Mendebarkan, Ini Antara 7 K-Filem Bawa Kisah Detektif Selesaikan Jenayah Berat

Mendebarkan, Ini Antara 7 K-Filem Bawa Kisah Detektif Selesaikan Jenayah Berat

Selain filem romantik, kisah jenayah yang dihasilkan pengarah Korea juga antara yang mendapat sambutan tinggi daripada penonton.

Jom baca perkongsian KimchiDaily tentang 7 K-Filem yang memaparkan kisah detektif menyelesaikan kes jenayah.

Extreme Job

Kisah filem ini bermula apabila satu skuad polis menyamar menjadi tauke di kedai ayam goreng untuk membanteras jenayah pengedaran dadah. Kegigihan skuad ini untuk mengatasi jenayah pengedaran dadah berubah menjadi lain apabila mereka mula rambang mata selepas menerima wang yang lumayan daripada bisnes ayam goreng itu.

Kebanyakan adegan daripada filem “Extreme Job” ini dipenuhi dengan elemen lawak sehinggakan penonton tidak kering gusi menontonnya.

Target 

“Target” mengisahkan tentang seorang wanita bernama Soo-hyun membeli mesin basuh di laman web yang menjual barangan terpakai. Apabila Soo-hyun menerima mesin basuh, dia menyedari bahawa alat itu sudah rosak. Dia menjadi marah dan meninggalkan komen di laman web berkenaan yang memberi amaran kepada pengguna lain tentang penjual.

Selepas itu, dia menerima mesej ugutan daripada penjual. Tidak lama kemudian, Soo-hyun mendapati ada perkara menyeramkan yang berlaku ke atas dirinya.

Devils

Filem ini bermula ketika seorang detektif bernama Jae-hwan, mengekori pembunuh bersiri yang membunuh pasangannya bertahun-tahun yang lalu semasa mereka mengalami kemalangan. Apabila detektif itu bangun di hospital, dia menyedari bahawa badannya telah bertukar dengan si pembunuh iaitu Jin-hyeok.

Dia juga menyedari bahawa roh pembunuh itu telah mengambil alih tubuhnya. Jin-hyeok mengugut Jae-hwan dengan menahan keluarganya sebagai tebusan. Jae-hwan kini mengejar Jin-hyeok, dengan badan mereka bertukar.

The Roundup: No Way Out

Peminat cerita jenayah Korea pasti sudah biasa melihat Ma Dong-seok berlakon kan? Filem “The Roundup: No Way Out” ini dibintangi oleh pelakon hebat itu.

Kisahnya bermula apabila Detektif Ma Suk-do menyertai unit siasatan jenayah baharu yang diketuai oleh Jang Tae-soo dan termasuk Detektif Kim Man-jae. Mereka ditugaskan untuk menentang Joo Sung-cheol, merupakan anak kepada keluarga chaebol yang berkuasa. Tambahan, Yakuza Jepun juga terlibat dalam kes yang mereka kendalikan ini.

I Am Here

“I Am Here” merupakan filem aksi jenayah yang menunjukkan adegan kejar mengejar  antara suspek pembunuhan Kyu-jong dan seorang detektif pembunuhan. Malah, detektif ini mendapati bahawa dia serta Kyu-jong mempunyai penderma organ yang sama dengannya.

Vanishing

Filem ini bukan sahaja diterajui oleh bintang Korea, malahan, mereka juga menggunakan khidmat pelakon dari negara luar. “Vanishing” berkisar tentang Alice seorang saintis forensik yang mencipta teknik revolusioner untuk memulihkan mayat yang rosak.

Dia melawat Korea Selatan untuk menghadiri sebuah persidangan dan menerima permintaan daripada polis Korea untuk melakukan bedah siasat ke atas mayat yang ditemui di sungai. Semasa bertugas, Alice bertemu Jin-ho, seorang detektif yang meminta bantuannya dalam satu kes pembunuhan.

The Day I Died: Unclosed Case

“The Day I Died: Unclosed Case” adalah kisah misteri tentang seorang gadis bernama No Jung-ui yang hilang kononnya mati pada malam ribut yang gelap. Kebetulan Kim Hyun-soo akan kembali bekerja sebagai detektif selepas berehat panjang dari pekerjaannya. Sebelum kepulangan rasminya, detektif ini ditugaskan untuk menyiasat tentang kehilangan No Jung-ui.

Tambahan, No Jung-ui didapati merupakan salah seorang saksi kepada kes pembunuhan ayahnya sendiri. Selepas itu, secara tiba-tiba dia didapati hilang dan tidak dapat membantu untuk menyelesaikan kes tersebut.

Selamat menonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...