Ikuti Kami:

Buat Emosi Penonton Naik Turun, Tonton 5 Filem Korea Ini Cerita Tentang Persahabatan Sejati

Buat Emosi Penonton Naik Turun, Tonton 5 Filem Korea Ini Cerita Tentang Persahabatan Sejati

Mempunyai kawan adalah perkara biasa tetapi mempunyai kawan sejati adalah satu rahmat.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 filem Korea terbaik yang mengisahkan tentang nilai persahabatan dalam hidup seseorang.

Miracle In Cell No.7

Filem ini sangat bermain dengan emosi penonton. Pada mulanya penonton akan berasa marah, selepas itu gembira dan pengakhirannya bikin mengalir air mata. Filem “Miracle In Cell No.7” mengisahkan tentang perjuangan seorang bapa yang menghidap penyakit autisme menjaga seorang anak perempuan. Dia telah dituduh melakukan satu jenayah dan dihukum penjara.

Semasa di dalam penjara, pelbagai momen manis antara si bapa dan anak perempuannya bersama dengan banduan lain. Mereka semua saling menyanyangi dan ia diibaratkan satu pengorbanan yang luar biasa dilakukan oleh kawan sejati.

Ballerina 

Filem ini membawa kisah pembalasan aksi beremosi dan tidak berprihatin mengenai seorang wanita yang mencari dalang disebalik kematian rakan baiknya. Watak utama “Ballerina” sangat menyayangi kawan baiknya sehingga sanggup mencari dan melawan pembunuh kejam, untuk membela nasib malang yang menimpa kawan baiknya itu.

Soulmate 

Filem yang diadaptasi daripada filem Cina dengan nama yang sama ini mengisahkan tentang intipati perhubungan manusia melalui pertemuan dan perpisahan selama 14 tahun. Ia melibatkan persahabatan, cinta, rindu dan cemburu antara dua sahabat yang pertama kali bertemu pada usia 13 tahun.

Sunny

Kisah “Sunny” bermula dengan tujuh gadis menjadi kawan baik semasa di sekolah menengah, kemudian satu peristiwa telah memisahkan mereka selama 25 tahun. Apabila salah seorang rakannya sakit tenat di hospital, dia ingin berjumpa dengan kawan-kawannya yang lain buat kali terakhir.

Filem “Sunny” menggambarkan betapa besarnya impak rakan-rakan terhadap kehidupan seharian, dan memberi bayangan apa bakal terjadi jika tidak menghargai hubungan itu sepenuhnya. Ini adalah peringatan kuat bahawa seseorang mesti menikmati setiap saat bersama rakan-rakan dan detik-detik itulah yang akan mengekalkan persahabatan itu pada akhirnya.

Gangnam Blues

“Gangnam Blues” ialah filem yang membawa kisah Kim Jong-dae dan Baek Yong-ki dibesarkan di rumah anak yatim seperti saudara kandung. Selepas meninggalkan rumah anak yatim itu, mereka berdua mencari rezeki dengan mengutip kertas dan botol kosong. Kim Jong-dae dan Baek Yong-ki dipisahkan semasa pertempuran ganas.

Kedua-duanya bertemu semula dan mendapati diri mereka sebahagian daripada kumpulan kongsi gelap beberapa tahun kemudian.

Korang dah tonton ke semua filem-filem ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...